
TAWAU: Lima Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas kebakaran di Kg Pasir Putih pada Ahad lalu akan diberi pertimbangan untuk disenaraikan sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, usaha itu merupakan antara inisiatif pihaknya untuk membantu para mangsa membina semula kehidupan.
Selain itu, katanya, pihaknya juga akan cuba mendapatkan penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ada sebagai alternatif lain bagi meringankan beban mereka.
Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau amat memahami keperluan rakyat yang ditimpa musibah kebakaran dan tidak mahu kehilangan rumah tempat berteduh selama ini akan berterusan menjejaskan kehidupan seharian mangsa.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa terlibat di kampung itu, pada Selasa.
Menurutnya, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan dengan kerjasama DUN Tanjung Batu menyerahkan sumbangan kewangan kepada mangsa, manakala, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tawau memberikan bantuan berupa barangan dapur dan keperluan semasa.
Beliau berharap sumbangan yang diberi dapat meringankan beban ditanggung kesemua mangsa terlibat dan mereka terus bersabar dengan dugaan kehilangan rumah dan harta-benda lain.
Andi juga berharap kejadian itu diambil iktibar oleh semua pihak untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar terhindar dari sebarang kejadian tidak diingini, khususnya kebakaran.
Dalam kebakaran sekitar jam 2 pagi pada Ahad lepas, sebuah rumah dihuni 24 isi rumah membabitkan lima KIR musnah sepenuhnya bersama dua kereta iaitu Perodua Axia dan Perodua Kancil.
Salah seorang penghuninya iaitu wanita, 44, turut melecur di tapak kaki kerana terpijak lantai panas ketika menyelamatkan anak perempuannya yang sedang tidur.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


