58 MRSM bakal terima warden sepenuh masa bermula tahun depan

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf

SHAH ALAM - Kesemua 58 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal menerima warden sepenuh masa yang dilantik dalam kalangan bekas anggota beruniform bermula tahun depan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut dibuat bagi memastikan guru tidak lagi terbeban dengan tugas warden, sekali gus membolehkan mereka memberi perhatian terhadap tugas hakiki di dalam bilik darjah.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi media sosial pada Isnin.

Sinar Harian pada April tahun lalu melaporkan, lima pelajar MRSM direkodkan keterangan selepas dipercayai terlibat dalam kes buli yang berlegar di media sosial.

Pada Jun tahun yang sama, kes tersebut kembali tular selepas lima pelajar dari MRSM yang berbeza ditahan reman.

Susulan itu, Mara mengumumkan bekas tentera dan polis dilantik sebagai warden sepenuh masa di MRSM bagi memastikan isu buli dan kes-kes disiplin lain dapat dikekang.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menegaskan, proses pemilihan warden tersebut dilakukan mengikut kriteria yang sangat ketat dan mereka perlu menjalani latihan khusus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved