59 sertai Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan Tahap Satu

26 Feb 2023 • 12:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seramai 59 jurulatih menyertai Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan Tahap Satu yang diadakan di Juara Badminton Arena dari 18-24 Februari.

Kursus anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan kerjasama Persatuan Badminton Sabah (SBA) itu dikendalikan oleh Mohamed Zambri Bahari dan bekas ketua jurulatih remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan bekas pemenang Piala Thomas, Kwan Yoke Ming dibantu oleh Pengerusi Biro Kejurulatihan dan Kehakiman SBA Bakri Burahima, dan jurulatih tempatan yang lain.

Presiden SBA, Janih Bangud yang merasmikan majlis penutupan gembira dengan kehadiran yang ramai dan berharap usaha mereka melahirkan jurulatih bertauliah akan membantu mencungkil lebih ramai bakat mentah.

“Kita mahu melahirkan lebih ramai pemain muda yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat negeri tetapi juga pada kejohanan kebangsaan.

“Justeru, usaha kita melatih lebih ramai jurulatih bertauliah perlu diteruskan bagi membantu pembangunan badminton di Sabah.

“Saya juga amat berterima kasih kepada BAM atas peluang yang diberikan kepada SBA untuk menganjurkan kursus tersebut dan saya pasti ilmu yang dipelajari oleh peserta akan membantu mengembangkan lagi kerjaya kejurulatihan mereka,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.