Kedai Serbaneka 7-Eleven Pertama Tanpa Pekerja Manusia Dibuka Di Texas

TechnologyDigital
9 Feb 2020 • 6:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda kelaparan di pagi hari atau mencari kredit telefon, kedai serbaneka 7-Eleven pastinya dilawati kerana ia dibuka 24 jam. Ini memerlukan seorang kakitangan manusia yang bertugas mengikut syif sepanjang tahun. Di masa hadapan 7-Eleven mungkin akan tidak lagi memerlukan tenaga pekerja manusia kerana penggunaan teknologi terkini. Kedai pertama tanpa pekerja manusia telah dibuka oleh mereka di Irving, Texas.

image is not available
Pada waktu ini kedai konsep seluas 700 kaki persegi ini dibuka di ibu pejabat mereka untuk kegunaan kakitangan. Mereka melakukan pembelian menerusi aplikasi dan sistem pemantauan dalam kedai akan melihat produk yang diambil sebelum pembayaran dilakukan secara nirtunai. Sekiranya ujian pada skala kecil ini berjaya, 7-Eleven merancang membuka kedai serbaneka pertama tanpa pekerja di masa hadapan.

Apa yang dilakukan oleh 7-Eleven ini mirip rangkaian pasaraya Amazon Go yang telah beroperasi di Amerika Syarikat sejak tiga tahun yang lalu dan Wheely247 di Shanghai China.