Sejak merdeka, Malaysia membeli senjata yang dikeluarkan oleh negara-negara barat. Oleh sebab itu pembelian tertakluk kepada kebenaran yang diberikan dan kerap kali sistem senjata yang dijual bukanlah versi yang terkini. Turki ialah negara yang percaya kepada konsep membangunkan senjata sendiri bagi mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Menurut laporan Janes, Turki kini mempelawa Malaysia untuk menyertai program pembangunan dua pesawat mereka,

TF-X dijangka mempunyai kemampuan yang setanding dengan F-35. Kedua-duanya dilengkapi sistem simpanan senjata di dalam tubuh, diperbuat daripada bahan komposit serta mempunyai kemampuan sukar dikesan oleh radar. Hürjet pula dibangunkan untuk menggantikan pesawat latihan Northrop T-38.
Tentera Udara Diraja Malaysia pula akan memulakan proses mencari pesawat pengganti kepada Sukhoi Su-30MKM dan Boeing F/A-18D Hornet sekitar 2030.
Malaysia dan Turki sudahpun mempunyai hubungan kerjasama teknologi ketenteraan sebelum ini menerusi pembangunan kereta perisai infantri DefTech AV8 Gempita dan pengilangan senjata api Tisas Trabzon pada Disember lalu.
