Anda menggunakan perkhidmatan Google secara “percuma” tetapi anda sebenarnya membayar dengan data peribadi yang digunakan untuk paparan iklan serta promosi yang berkaitan. Pengguna moden lebih cakna mengenai bagaimana data peribadi digunakan dan mungkin tidak mahu ia digunakan bagi tujuan pengiklanan.

Buat masa ini hanya terdapat tiga pilihan iaitu dipadam setiap 3 bulan ataupun 18 bulan. Selepas tempoh yang ditetapkan, kesemua data akan dipadam oleh Google.
