Malaysia Di Tempat Ke-50 Didalam Laporan Pengalaman Bermain Permua Opensignal

TechnologyDigital
7 Feb 2020 • 7:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permainan mudah-alih, ataupun permua kini boleh dikatakan jauh lebih popular berbanding permainan konsol ataupun komputer di Malaysia. Peranti pintar hadir dengan tanda harga mampu milik dan jauh lebih mudah digunakan berbanding dengan konsol ataupun komputer desktop.

Opensignal, syarikat penyelidikan rangkaian mudah-alih baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah laporan yang menunjukkan pengalaman bermain permua di negara-negara tertentu, dan menurut laporan tersebut, yang dinamakan “State of Mobile Games Experience“, Malaysia berada di tempat ke-50 daripada 100 untuk pengalaman bermain permainan mudah-alih.

Dari segi raihan mata, Malaysia menerima 66.2 mata, dan ini menempatkan negara ini didalam kategori “Fair”, dimana kebanyakan pemain merasakan bahawa kebanyakan input mereka dapat dimasukkan dengan lancar, dan kualiti rangkaian adalah cukup baik untuk memainkan permua-permua mereka.

Walaupun begitu, mereka juga mengatakan bahawa sela-masa rangkaian boleh menjejaskan kualiti permainan mereka, dan dimasa paling teruk, ia boleh menyebabkan hala permainan tersebut bertukar menentang mereka.

Di tempat pertama laporan ini ialah negara Singapura yang menerima 85.5 mata di kategori Excellent, manakala negara Jepun berada di tempat ketiga dengan 85.3 mata.

Jika anda berminat untuk membaca keseluruhan laporan ini, anda boleh memuat-turun laporan PDF di laman Opensignal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved