Astro ialah nama besar dalam penawaran kandungan TV satelit di Malaysia sejak lebih dua dekad. Maxis pula ialah antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan data mudah alih terpantas di Malaysia. Hari ini kedua-dua syarikat menawarkan berkas Internet jalur lebar serta televisyen satelit baharu bermula dari RM189 sebulan.

Pengguna juga akan menerima kotak TV Ultra Box baharu secara percuma yang menawarkan kandungan 4K serta penstriman VOD terus ke televisyen. Untuk terma dan syarat sila ke pautan https://www.astro.com.my/broadband.
