6,850 liter petrol dirampas di Semporna

LocalBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 4:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

6,850 liter petrol dirampas di Semporna

SEMPORNA: Sebanyak 6,850 liter petrol dirampas menerusi Ops Tiris 4.0 dilaksanakan di Kampung Mesra pada Isnin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna memaklumkan rampasan pertama melibatkan 174 tong jerry yang mengandungi 4,350 liter petrol bersama dua bot kayu, sebuah enjin Yamaha 200HP dan dua enjin Yamaha 85HP.

Manakala rampasan kedua melibatkan 100 tong jerry yang mengandungi 2,500 liter petrol.

Kedua-dua rampasan itu dilakukan oleh Polis Marin Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebelum diserahkan kepada KPDN Semporna.

Menurut kenyataan KPDN keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM52,482 termasuk RM25,482 bagi barangan terkawal.

KPDN juga telah membuka dua kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat yang terlibat supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Semua individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 122 dengan hukuman denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan kedua atau seterusnya jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh membuat aduan kepada kementerian melalui WhatsApp, pusat panggilan atau aplikasi Ez Adu KPDN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved