Kerajaan Perkenalkan Kuota 200 Liter Sebulan Melalui Program Budi Diesel – Subsidi RM2.10 Seliter Mulai Julai

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2026 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Perkenalkan Kuota 200 Liter Sebulan Melalui Program Budi Diesel – Subsidi RM2.10 Seliter Mulai Julai

Kerajaan menetapkan kuota asas sebanyak 200 liter diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter di bawah Program Budi Madani Diesel (Budi Diesel) untuk pemilik kenderaan diesel yang layak. Langkah ini dilaksanakan selepas kajian semula Program Budi95 dengan tujuan memastikan subsidi diagihkan secara lebih adil.

Image from: Kerajaan Perkenalkan Kuota 200 Liter Sebulan Melalui Program Budi Diesel – Subsidi RM2.10 Seliter Mulai Julai

Setiap pemilik kenderaan akan menerima subsidi sebanyak 200 liter sebulan yang boleh digunakan sama ada untuk membeli diesel atau RON95 bergantung pada keperluan masing-masing. Bagi pemilik jip atau pikap yang lazim digunakan untuk perjalanan jauh atau membawa muatan berat pula, mereka boleh memohon tambahan sebanyak 100 liter sekali gus menjadikan jumlah maksimum sehingga 300 liter sebulan. Bagaimanapun, pelaksanaan ini tetap berasaskan konsep kelayakan.

Image from: Kerajaan Perkenalkan Kuota 200 Liter Sebulan Melalui Program Budi Diesel – Subsidi RM2.10 Seliter Mulai Julai

Sehubungan dengan itu, mulai 1 Julai 2026 harga runcit diesel di seluruh negara akan ditetapkan mengikut harga pasaran tanpa subsidi. Pun begitu, pihak yang layak masih boleh membeli diesel pada harga subsidi RM2.10 seliter dengan menggunakan MyKad tertakluk kepada kuota tertentu yang boleh disemak melalui portal rasmi dalam talian.

Pada masa sama, kerajaan meluaskan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ke Sabah dan Sarawak. Melaluinya, syarikat pengangkutan dan perniagaan yang menggunakan kenderaan bagi operasi harian boleh membeli diesel pada harga subsidi RM2.15 seliter dengan menggunakan kad fleet. Sementara itu, subsidi sedia ada untuk golongan seperti nelayan, pekebun kecil dan pengendali pengangkutan awam turut akan terus dikekalkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved