
6 Benda Korang ‘Wajib’ Buat Bila Tersilap Isi Minyak Kereta
Antara kesilapan yang jarang berlaku tapi boleh terjadi dalam kalangan pemilik kenderaan adalah tersilap mengisi minyak diesel ke dalam kereta petrol, atau sebaliknya.
Walaupun perkara ini boleh mendatangkan risiko, anda tidak perlu panik. Berikut merupakan enam langkah penting yang perlu diambil sekiranya situasi ini berlaku kepada anda.
1. Jangan hidupkan enjin
- Langkah paling utama ialah jangan sesekali menghidupkan enjin. Menghidupkan enjin boleh menyebabkan minyak diesel masuk ke dalam sistem enjin dan berpotensi merosakkan komponen utama kenderaan.
2. Hubungi mekanik
- Segera hubungi mekanik yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Jika tidak mempunyai nombor mekanik, anda boleh membuat carian melalui internet atau bertanya kepada pihak insurans kereta anda.
3. Dapatkan perkhidmatan tunda (towing)
- Kenderaan anda tidak boleh dipandu. Oleh itu, hubungi perkhidmatan tunda untuk membawa kereta ke bengkel. Kebanyakan syarikat insurans menyediakan perkhidmatan ini, jadi hubungi ejen insurans anda untuk urusan lanjut.
4. Proses ‘rawatan’ di bengkel
- Setibanya di bengkel, mekanik akan menurunkan tangki minyak dan mengeluarkan semua minyak yang telah dimasukkan. Walaupun mungkin menyebabkan kerugian, langkah ini penting untuk mengelakkan kerosakan lebih serius.
5. Pemeriksaan komponen enjin
- Selepas minyak dikeluarkan, mekanik akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan tiada komponen enjin yang rosak akibat pencemaran bahan api.
6. Isi semula petrol yang betul
- Apabila proses selesai dan kereta disahkan selamat digunakan, anda boleh mengisi semula minyak yang sesuai mengikut spesifikasi kenderaan sebelum memandu seperti biasa.
@altimatsaujana Ini 6 langkah-langkah yang korang kena buat bila dah tersilap isi minyak diesel dalam kereta petrol !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelserviskereta #bengkelrepair #bengkelaircond #bengkelaircondkereta #bengkelrepairaircondkereta #aircondkereta #automotive #automotivemalaysia #automotifmalaysia #aircondkeretabocor #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #bengkelservis #automotif #bengkelservisaircondkereta
Ingat, dengan tindakan yang tepat, kerosakan dapat diminimumkan dan kenderaan anda boleh kembali digunakan dengan selamat.
BACA: Ambil Tahu, Ini 10 Punca Kereta Anda Boleh Terbakar
Sumber: Altimat Saujana Utama
The post 6 Benda Korang ‘Wajib’ Buat Bila Tersilap Isi Minyak Kereta appeared first on Siakap Keli.




