Bila “First Timer” Buat Karipap Terus Nak Open Order, Terhibur Baca Komen Netizen

23 Dec 2025 • 11:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bila “First Timer” Buat Karipap Terus Nak Open Order, Terhibur Baca Komen Netizen

Kadang-kadang bila selera datang menjengah, macam-macam benda kita teringin nak makan. Nak beli, harga pun boleh tahan. Sebab itulah ramai yang pilih jalan selamat, buat sendiri je di rumah.

Tambah pula zaman sekarang semuanya di hujung jari. Search saja di Google atau TikTok, berderet keluar resipi siap langkah demi langkah. Senang, jimat, boleh makan banyak. Perut kenyang, hati pun senang kan?

Tapi biasalah, kalau tiba-tiba jadi baker, kadang jadi, kadang lain macam sikit hasilnya. Orang cakap, nama pun try and error.

Kisah karipap tahu-tahu jadi bahan “marketing” percuma…

Begitulah kisah seorang gadis ini. Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Threads oleh pengguna, @jeyil_sj, yang mencuri perhatian ramai.

Dalam hantaran tersebut, dia berkongsi hasil cubaan pertamanya membuat menu kegemaran ramai rakyat Malaysia, iaitu karipap.

First timer. Rasa nak open order terus,” tulisnya ringkas bersama gambar hasil air tangannya.

image is not available

Sekali tengok, memang nampak macam karipap. Tapi bila tengok lama sikit, di situlah mulanya netizen ‘berpesta’ di ruangan komen.

“Jwanji jangan jual kat bazar nanti. Jwanji?” – Netizen

Tak tunggu lama, ruangan komen terus dibanjiri dengan pelbagai reaksi. Masing-masing tak lepaskan peluang untuk menyakat pencinta karipap ni.

You kelim pakai siku ke ni?”

At least ada isi, bukan oxygen kan?”

“Karipap ni confirm bukan karipap angin. Tengoklah inti tu sampai meronta-ronta minta dilepaskan.”

Good job. Tapi jangan ambil tapak bazar lagi kak.”

“Em, takpelah dik akak pusing-pusing dulu ok.”

Tak habis sampai di situ, ramai pula yang ambil gambar karipap tersebut dan jadikan bahan “prank”.

Ada yang hantar kepada kawan-kawan, ada yang forward ke group family, kononnya nak tolong promote bisnes karipap kawan. Lepas itu, berderet pula tangkap layar respon mangsa prank yang dikongsi semula.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Apa pun, salute untuk “first timer” ni. Mungkin lepasni kita akan nampak hasil yang lebih meyakinkan. Sama-sama kita “support” dan nantikan.

BACA: Suami Dijemput Ilahi, Kisah Wanita Akhiri “TTC Journey” Runtun Hati Ramai

Sumber: Threads @jeyil_sj

The post Bila “First Timer” Buat Karipap Terus Nak Open Order, Terhibur Baca Komen Netizen appeared first on Siakap Keli.