6 Bulan Berpisah, Ini Bukti ‘Running Man’ Terus Sokong Jeon Somin

Entertainment
6 Apr 2024 • 8:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sedar tak sedar, dah lebih 5 bulan Jeon So-min mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan “Running Man”.

Menurut pengumuman agensi pelakon itu pada ketika keputusan itu diumumkan, wanita berkenaan mahu berehat seketika sebelum kembali aktif sepenuhnya dalam industri lakonan. Setakat ini, Jeon So-min sedang dalam persediaan untuk mempromosikan filem “God Knows Everything” dan “18 Youth”.

Meskipun sudah berpisah lama, namun ahli “Running Man” tidak pernah melupakan ‘adik’ mereka itu. Baru-baru ini, mereka memberikan kata-kata sokongan buatnya apabila meminta pihak produksi mana-mana naskhah supaya memberikan peluang lakonan yang banyak buat Jeon So-min.

image is not available

Malah dalam entri hari jadi yang dimuat naik oleh wanita itu kelmarin, akaun rasmi Instagram “Running Man” juga dilihat meninggalkan tanda suka pada hantara tersebut sekaligus membuktikan bahawa dia merupakan ahli ‘selamanya’ rancangan berkenaan.

Rindu Jeon So-min kan? Harap dia jadi tetamu suatu hari nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.