6 Hari Terperangkap Dalam Kontena Di Port Klang, Kanak-kanak Bangladesh Akhirnya Dihantar Pulang

Entertainment
22 Feb 2023 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bulan Januari lalu, sebuah berita menggemparkan rakyat Malaysia di mana seorang remaja kanak-kanak warga Bangladesh ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut bermain di kawasan pelabuhan Bangladesh kemudian terperangkap dalam sebuah kontena yang kemudiannya dihantar ke Malaysia.

Selepas 6 hari terperangkap, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu dan kanak-kanak itu diselamatkan.

Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), kanak-kanak itu yang bernama Md. Ratul Islam Fahim akhirnya dihantar pulang ke tanah airnya.

Menteri Dalam Negeri melalui laman Twitter miliknya meluahkan rasa syukur serta beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan perjalanan Md. Ratul.

“Langkah susulan adalah kementerian berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia bagi urusan urusan dokumentasi untuk proses penghantaran pulang Fahim.

Alhamdulillah,harini Fahim pulang ke pangkuan keluarga. Terima kasih Jabatan Imigresen Malaysia,TYT Md. Golam Sarwar (Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia),Dr Hartini dari Yayasan Chow Kit & semua yang bantu melancarkan urusan ini,” tulisnya.

Selain itu, penerbangannya turut ditanggung pejabat beliau dan Md. Ratul berlepas ke Dhaka pukul 7.45 malam tadi dengan diiringi pegawai kedutaan bagi bertemu keluarganya di sana.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.