6 kali IVF, 11 tahun kahwin, Taufik Batisah setia bersama isteri tercinta. 'Dia ada sejak hari pertama, walau ambil darah'

LocalFamily & Parenting
20 Apr 2026 • 1:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 6 kali IVF, 11 tahun kahwin, Taufik Batisah setia bersama isteri tercinta. 'Dia ada sejak hari pertama, walau ambil darah'

PENYANYI Taufik Batisah wajar dipuji sebagai lelaki yang setia memberi sokongan buat isteri, Sheena Akbal.

Sheena menerusi podcast Couch Conversations, membuka cerita tentang usahanya untuk hamil (try to conceive - TTC).

11 tahun berkahwin, pengorbanan demi pengorbanan Sheena demi zuriat mengundang sebak.

Sheena mengimbas kembali bahawa sebelum berkahwin dengan pemenang Singapore Idol itu pada April 2015, mereka telah berbincang tentang keluarga.

“Dia mahu tiga orang anak, saya mahu dua. Sekarang, yang kami ada kosong,” katanya.

Menerusi audio siar itu, Sheena, 42, menceritakan dia dan Taufik atau nama penuhnya Muhammad Taufik bin Batisah, 45, telah menjalani prosedur kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak enam kali. 

Sepanjang lebih sedekad berkahwin, dia juga pernah mengalami sekali keguguran.

Dia dan Taufik sering berkongsi content tentang TTC di media sosial, termasuk bagaimana mereka menjawab soalan berterusan daripada saudara-mara mengenai mempunyai anak.

Image from: 6 kali IVF, 11 tahun kahwin, Taufik Batisah setia bersama isteri tercinta. 'Dia ada sejak hari pertama, walau ambil darah'

Dalam episod tersebut, wanita itu bercerita tentang kesan emosi daripada kitaran IVF yang berulang dan keguguran yang dialaminya.

“Ia mewujudkan satu ruang dalam fikiran saya yang bukan ruang yang baik,” katanya yang turut menambah bahawa soalan daripada orang lain boleh menjadi pencetus beliau kembali ke keadaan sukar itu.

Sheena juga berkongsi pengalaman didekati orang tidak dikenali mendekatinya dan Taufik untuk bertanya soalan peribadi seperti bila mereka merancang untuk mempunyai anak. Malah ada yang menyentuh perut!

Walaupun berasa tidak selesa, Sheena berkata dia tetap menjawab dengan sopan dan meminta mereka menitip doa.

Pada masa yang sama, dia mengakui bahawa sesetengah orang sebenarnya berniat baik dan berkata beliau memilih untuk bersuara bagi menyokong orang lain yang melalui pengalaman serupa.

“IVF dan TTC adalah satu perjalanan yang sangat sunyi," tuturnya.

Image from: 6 kali IVF, 11 tahun kahwin, Taufik Batisah setia bersama isteri tercinta. 'Dia ada sejak hari pertama, walau ambil darah'

Sheena juga menambah, dia kini telah menerima ketentuan takdir dan kekal bersyukur dengan aspek lain dalam kehidupannya.

“Sekarang kami terima sahaja apa yang, kami sudah dikurniakan banyak nikmat lain. Alhamdulillah,” kongsinya.

Sheena juga berkongsi tentang kesan IVF ke atas fizikal dan emosinya. Sepanjang proses itu, Taufik sentiasa menjadi sumber sokongan utama.

“Dia ada sejak hari pertama TTC, pada setiap temu janji. Walaupun hanya untuk ambil darah,” kata Sheena yang mengakui TTC mengakibatkan perubahan pada fizikalnya.

Dalam pada itu, Taufik yang kini merupakan ejen hartanah dan usahawan  menyifatkan isterinya sebagai seorang yang sangat kuat. Dia malah amat kagum kerana isterinya mampu melalui prosedur itu berkali-kali.

Taufik juga berkongsi di Instagram bahawa beliau tetap bersyukur dengan kehidupan mereka bersama walaupun tidak mempunyai anak.

Image from: 6 kali IVF, 11 tahun kahwin, Taufik Batisah setia bersama isteri tercinta. 'Dia ada sejak hari pertama, walau ambil darah'
Taufik dan isteri menerusi podcast Couch Conversations

“Saya tidak akan sesekali menyalahkan isteri jika kami tidak berjaya mendapatkan anak,” katanya.

Pelantun lagu Awak Kat Mana itu juga mahu golongan TTC tidak berasa keseorangan dalam perjalanan ketidaksuburan mereka.

Dalam satu komen pada hantaran podcast itu, beliau menulis “Semoga semua yang berada dalam situasi yang sama tahu bahawa anda tidak keseorangan.

"Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan anda,” kongsinya.

Sumber: CNA