Setia Hingga Nafas Terakhir, Warga Emas 82 Tahun Ulang-Alik 12 Jam Setiap Hari Demi Isteri Di ICU

24 Mar 2026 • 10:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Setia Hingga Nafas Terakhir, Warga Emas 82 Tahun Ulang-Alik 12 Jam Setiap Hari Demi Isteri Di ICU

Pengorbanan seorang warga emas yang menghabiskan 12 jam sehari selama 105 hari demi melawat isterinya di hospital telah menyentuh hati ramai.

Menurut South China Morning Post, seorang petani dari wilayah Zhejiang, Chen Achong, berkata beliau akan bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari untuk menyediakan makanan buat isterinya, sebelum menaiki bas dan membuat beberapa pertukaran perjalanan bagi tiba di hospital.

Rutin harian warga emas itu adalah menggenggam tangan isterinya di sisi katil sambil mengenang kembali kenangan kehidupan mereka bersama.

image is not available

Difahamkan, Achong telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Xue selama lebih 50 tahun.

Setahun lalu, Xue diserang strok dan tidak lama kemudian mengalami radang paru-paru yang serius sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Li Huili, Ningbo.

Memandangkan anak lelaki mereka tidak dapat berada di sisi ibunya atas tuntutan kerja, Achong mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga isterinya itu.

Meluangkan kira-kira setengah jam bersama isteri

Walaupun waktu lawatan hanya dari jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi, Achong memberitahu beliau akan menunggu di koridor hospital sehingga petang sebelum menaiki bas untuk pulang ke rumah.

Bagi berjimat cermat, beliau membawa bakul berisi makanan yang dimasaknya sendiri untuk Xue.

Selama 105 hari, Achong berulang-alik setiap hari semata-mata untuk meluangkan kira-kira setengah jam bersama Xue.

image is not available

Ketika ditemui pemberita, Achong turut berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan kepada isterinya.

“Saya masih ingat ketika saya bekerja di ladang dan awak menjaga rumah dengan begitu baik

“Awak membasuh pakaian saya dan setiap kali saya makan ikan, awak selalu mengambil bahagian kepala dan ekor, meninggalkan bahagian terbaik untuk saya," katanya.

Sepanjang tempoh tersebut, Achong menghabiskan semua simpanannya melebihi 100,000 yuan bagi menampung kos rawatan isteri tercinta.

Xue disahkan meninggal dunia

Menurut SCMP, anak mereka turut menjual rumah sendiri bagi menampung kos perubatan.

Atas dasar simpati, pihak hospital melonggarkan waktu lawatan untuknya, mengecualikan tambang pengangkutan awam, manakala orang ramai yang prihatin turut menyumbang lebih daripada 140,000 yuan.

Pada 13 Mac lalu, Achong melawat isterinya seperti biasa dan keadaannya dilaporkan stabil.

image is not available

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau menerima panggilan daripada hospital memaklumkan bahawa degupan jantung Xue telah terhenti.

Beliau bersama anaknya segera bergegas kembali ke hospital, namun walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, Xue disahkan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

“Dia adalah isteri terbaik di dunia"

Pada saat-saat akhir, Achong menggenggam tangan isterinya dengan erat sambil membisikkan ucapan selamat tinggal.

“Hubungan kita dalam hidup ini telah berakhir, tetapi saya tidak rela menerimanya

“Hati saya terasa hancur, ia sangat menyakitkan, namun tiada apa lagi yang dapat dilakukan,” ujarnya lagi.

Ketika doktor menolak katil Xue keluar dari bilik, lelaki warga emas itu terhuyung-hayang untuk melihat isterinya buat kali terakhir.

image is not available

“Setiap kali ada kesempatan, saya akan melawat kuburnya

“Dia adalah isteri terbaik di dunia,” katanya lagi ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, Achong turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sudi membantu dan berjanji akan melunaskan segala hutangnya.

Baca juga: