
6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 8 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Di Perak, beberapa daerah diramal hujan seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta. Manakala di Kelantan pula hanya di daerah Gua Musang.
"Selain itu di Terengganu termasuk daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Sementara di Pahang beberapa daerah diramal hujan seperti Bentong, Bera dan Rompin.
"Di Selangor pula termasuk daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
"Beralih ke Johor, daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi dijangka hujan lebat," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut






