6 Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Wanita Popular Kelantan Akan Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Hari Ini

Entertainment
4 Nov 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu, kecoh di media sosial apabila seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan antara enam rakyat Malaysia yang ditahan di Golok, Thailand.

Keenam-enam mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.

image is not available

Menurut sumber polis Thailand, semua suspek yang ditahan di lokap Balai Polis Sungai Golok itu akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk direman hari ini.

“Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa keluar dari lokap Balai Polis Sungai Golok pagi esok untuk dihantar ke Mahkamah Narathiwat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, pada 6 pagi, Jumaat.

Dilaporkan dua daripada suspek yang ditahan, dipercayai memasuki Thailand menggunakan pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, manakala empat lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.