6 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling beroperasi semula mulai 12 Mei, 3 laluan bas ditamatkan perkhidmatan

Local
11 May 2023 • 2:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pada 2 April 2023 yang lepas, RapidKL terpaksa menutup 6 stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling atas faktor keselamatan. Hari ini, mereka mengumumkan bahawa 6 stesen tersebut kan dibuka semula dan beroperasi mulai hari Jumaat, 12 Mei 2023.

Stesen yang terlibat dengan penutupan sebelum ini adalah stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur. Ia akan dibuka semula susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai. Bagaimanapun, laluan antara stesen Masjid Jamek dan Bandaraya masih tidak dapat digunakan.

image is not available

Kerja-kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2023. Setelah itu, operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan kembali beroperasi secara normal. Buat masa ini, jangkakan kelewatan tren untuk laluan ini sehingga kerja pembaikan menyeluruh selesai.

Perkhidmatan 3 bas ditamatkan dan LRT 10 dikembalikan

Serentak dengan pembukaan semula 6 stesen-stesen ini, perkhidmatan bas percuma dengan nombor LRT 11, LRT 13 dan LRT 14 akan ditamatkan pada 12 Mei 2023.

image is not available

Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (LRT 10) yang akan menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan. Perkhidmatan bas perantara ini akan beroperasi menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit.

Pengangkutan tren alternatif

Pengguna pengangkutan awam juga mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan tren alternatif. Bagi penumpang yang ingin menuju ke stesen Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel KL melalui Stesen Titiwangsa.

Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa. Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini.

Bagi membantu dan melancarkan pergerakan penumpang, anggota operasi rel dan Polis Bantuan Prasarana akan ditempatkan di stesen-stesen terlibat.

[Sumber: MyRapidKL]

Bacaan Berkaitan

View Original Article