6 Tahun Berkhidmat, Pengalaman Anak Jati Kota Marudu Sabah Dalam Tentera Udara Amerika Di Iraq

4 Sep 2024 • 1:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perjalanan Yohan Tawith dalam angkatan tentera AS

6 Tahun Berkhidmat, Pengalaman Anak Jati Kota Marudu Sabah Dalam Tentera Udara Amerika Di Iraq. Sebuah perkongsian yang menjadi bualan ramai di laman sosial memaparkan kisah seorang pemuda bernama Yohan Tawith yang telah bertugas dalam Tentera Udara Amerika Syarikat di Iraq.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, apabila disoal tentang reaksi keluarganya terhadap keputusannya untuk menyertai Tentera Udara Amerika di Iraq, anak jati Kota Marudu ini mengakui bahawa ahli keluarganya merasa cemas memandangkan keadaan Iraq yang sedang bergolak dengan peperangan pada masa itu.

image is not available
6 Tahun Berkhidmat, Pengalaman Anak Jati Kota Marudu Sabah Dalam Tentera Udara Amerika Di Iraq

Walau bagaimanapun, Yohan tetap nekad untuk berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat di Iraq selama enam tahun, bermula dari April 2006 sehingga April 2012.

Ketika memulakan perkhidmatannya, Yohan baru mencecah usia 20 tahun dan terpaksa merantau sendirian tanpa teman atau saudara-mara. Sebelum itu, beliau pernah menuntut di New Hampshire, namun terpaksa berhenti kerana kesempitan wang.

@koapatauoh

American-Sabahan menjadi American Military di Amerika. Macam mana terjadi ceritanya… #DontTalkCock #PotkasDariSabah #KatoPod #KoApaTauOh #Podcast #Sabah @torabolaofficials @farish_aziz

♬ original sound – KoApaTauOh – KoApaTauOh

Untuk menyara diri, Yohan terpaksa bekerja separuh masa dan mengambil kelas pada waktu malam, di samping menanggung segala kos kehidupannya sendiri.

Semasa tempoh perkhidmatan Yohan, Iraq telah dilanda peperangan, terutamanya pada tahun 2007 dan 2008.

Baca juga artikel yang berkaitan: