6 Terbunuh, 9 Cedera Apabila Kapal Selam Pelancong Tenggelam Di Laut Merah Mesir

WorldTravel
28 Mar 2025 • 12:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

6 Terbunuh, 9 Cedera Apabila Kapal Selam Pelancong Tenggelam Di Laut Merah Mesir

KAHERAH, 27 Mac (Bernama-Xinhua) — Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera pada Khamis apabila sebuah kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah, Mesir semasa lawatan di bandar peranginan Hurghada, menurut sumber rasmi di Governorat Laut Merah kepada Xinhua.

Lima daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 29 penumpang lain diselamatkan dan dibawa kembali ke hotel mereka, menurut sumber itu yang enggan dikenali.

Sumber itu menambah bahawa punca kejadian masih dalam siasatan, dan kewarganegaraan mangsa belum dikenal pasti.

Menurut beberapa media tempatan, termasuk laman web Al-Masry Al-Youm, kapal selam pelancong yang bernama Sindbad itu membawa 44 penumpang dalam perjalanan bawah air untuk meneroka terumbu karang.

Sementara itu, RIA Novosti memetik kenyataan dari Konsulat Jeneral Rusia di Hurghada yang menyatakan bahawa semua pelancong di atas kapal selam tersebut adalah warga Rusia.

“Terdapat 45 pelancong termasuk kanak-kanak, serta anggota kru. Kesemua mereka adalah warganegara Rusia, pelancong dari syarikat Biblio Globus,” menurut kenyataan konsulat itu, lapor RIA Novosti.

Sumber: BERNAMA