6 tip jadi pemain catur

4 Jul 2022 • 11:15 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Catur telah diiktiraf sebagai sukan permainan dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 1999 dan disiplin sukan itu membuat penampilan pertamanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

Perkembangan catur di negara ini juga semakin menunjukkan peningkatan yang positif di mana lebih ramai bakat muda muncul dan menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Seperti kebanyakan sukan lain, catur juga mempunyai taktik dan kesukarannya tersendiri sehingga dikatakan salah satu sukan yang mampu menajamkan minda dan mengasah kemahiran berfikir.

Bagi memastikan seorang pemain catur dapat menguasai permainan, sudah tentunya ada tip dan panduan tertentu yang boleh dilakukan sekiranya berdepan pihak lawan.

Jadi, minggu ini Sinar Bestari berpeluang mendapatkan pandangan daripada Ketua Jurulatih dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Malaysian Chess Federation (MCF), Sumant Subramaniam, 29, mengenai tip menjadi pemain catur.

image is not available
Sumant Subramaniam.

1. Minat
Sudah tentunya minat yang mendalam dalam permainan catur dan kerja keras adalah penting untuk menjadi pemain catur profesional.

2. Bermula pada usia muda
Umur terbaik untuk mula bermain catur ialah sembilan hingga 12 tahun. Daftar sebarang pertandingan dan teruskan kerjaya dalam bidang ini sekiranya anda mempunyai minat terhadap catur.

image is not available

3. Perancangan kewangan yang baik
Ini kerana anda perlu membuat sedikit pelaburan untuk mendapatkan latihan daripada jurulatih berpengalaman supaya mendapat asas yang kukuh dalam sukan catur.
Pemain yang sudah mempunyai asas kukuh dilihat lebih mudah untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi.

4. Emosi yang stabil
Anda perlu sentiasa memastikan emosi stabil sebelum menyertai perlawanan. Lakukan rutin yang biasa dibuat sebelum perlawanan adalah cara terbaik untuk memastikan emosi dan minda berada dalam keadaan terbaik.

image is not available

5. Berfikir secara objektif
Perkara utama yang perlu dilakukan semasa perlawanan adalah untuk tidak membiarkan emosi menghalang. Sentiasa ingat untuk menggunakan masa yang ada dan berfikir secara objektif sebelum membuat keputusan. Satu kesilapan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan pemain ialah memandang rendah atau terlalu mengagumi kekuatan lawan. Ini tidak baik! Sentiasa berfikiran positif tentang kedudukan anda dan fikirkan untuk membuat langkah terbaik.

6. Kekalahan adalah guru
Setiap kekalahan adalah kerana kesilapan yang boleh dielakkan pada awalnya. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan sama di masa depan. Teruskan bermain catur dengan minda bahawa kekalahan adalah guru yang terbaik.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

The post 6 tip jadi pemain catur appeared first on Sinar Bestari.