6 warga Vietnam didenda RM1.3 juta

7 May 2024 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Enam warga Vietnam didenda sejumlah RM1.3 juta kerana menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Mereka ialah kapten Tran Van Thom, 34, kru Danh Vi Khang, 23, Truong Thanh Tuan, 51, Nguyen Chi Linh, 27, Doan Truong Giang, 31, dan Ha Trong Luan, 37.

Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, selepas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa Vietnam.

Juragan didenda RM800,000 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu manakala anak kapal diperintahkan membayar RM100,000 atau penjara enam bulan setiap seorang.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Mereka ditahan pukul 9.50 malam pada 18 April tahun ini di atas bot nelayan Vietnam tanpa nombor pendaftaran di Pulau Sibongor Laut kerana tidak mempunyai permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) Akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6 juta untuk juragan kapal dan RM600,000 bagi setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurun Nazifah Muhammad Iyen dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melakukan pendakwaan.

Mahkamah juga memerintahkan kapal dan semua peralatan yang dirampas dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.

Mahkamah memerintahkan kapal itu termasuk peralatan dilucuthakkan kepada kerajaan.

Kesemua warga Vietnam terbabit diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.