60 set rendang diagih kepada penduduk kurang mampu sekitar Keramat

19 Apr 2023 • 11:52 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 19 APRIL: Lebih 60 set memasak rendang daging diagih kepada penduduk sekitar Taman Permata, AU5, AU4 dan AU3 Keramat menerusi Projek Rendang Raya, pada Isnin lalu.

Ahli Majlis Zon 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Anfaal Saari berkata projek ini bertujuan menyantuni keluarga kurang mampu disamping memeriahkan sambutan hari raya bersama komuniti.

“Rendang memang sinonim dengan hari raya, tetapi bukan semua keluarga mampu menyediakannya terutama dengan kenaikan harga barang pada musim perayaan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Anfaal mengagihkan set rendang yang mengandungi dua kilogram daging segar, santan dan kerisik di Dewan Komuniti Rumah Pangsa PKNS AU3, Taman Keramat.

Program bersama jawatankuasa penduduk Zon 3 MPAJ itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan WARDA Selangor.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved