60 Tahun DAP: Kor Ming ‘seru’ ahli parti terus rendah diri, fokus berkhidmat untuk rakyat

LocalPolitics
19 Apr 2026 • 8:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti supaya terus merendah diri, dahagakan kejayaan dan kekal fokus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sempena ulang tahun ke-60 parti itu.

DAP berkembang jadi parti matang

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan sepanjang enam dekad, DAP telah berkembang menjadi parti yang matang dan bertanggungjawab dalam landskap politik negara.

“Daripada hari-hari awal kami sebagai pembangkang hingga peranan kami dalam kerajaan hari ini… misi utama kami kekal tidak berubah, iaitu mempertahankan demokrasi, keadilan, tadbir urus baik dan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

image is not available

Kor Ming turut menegaskan kekuatan DAP terletak pada identiti sebagai parti berbilang kaum yang mewakili semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Dalam masa sama, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan  turut berkongsi beberapa pencapaian termasuk rekod transaksi hartanah tertinggi sebanyak RM241.9 bilion serta kelulusan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Tambahnya, lebih 15,000 projek infrastruktur berjaya dilaksanakan selain pemulihan ribuan projek perumahan terbengkalai yang memberi manfaat kepada ratusan ribu pembeli rumah.


“Ini adalah hasil nyata yang mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian sebenar untuk rakyat,” katanya.

image is not available

Sumber: Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved