62 Ahli Parlimen pembangkang tidak terima tawaran CSA

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 4:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 62 Ahli Parlimen pembangkang tidak terima tawaran CSA

KUALA LUMPUR: Seramai 62 Ahli Parlimen pembangkang tidak menerima tawaran Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) daripada kerajaan, berbeza dengan 13 wakil pembangkang yang menandatangani perjanjian berkenaan pada 29 Oktober lalu.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sebelum ini pernah mengemukakan draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang bertarikh 1 Ogos 2024 melalui Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, draf tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bahawa Ahli Parlimen pembangkang akan menerima peruntukan setara dengan wakil kerajaan seperti yang diperuntukkan dalam MoU pada 2021.

“Bagi kami yang terdiri daripada 62 orang Ahli Parlimen ini, kami tidak menerima tawaran CSA daripada pihak kerajaan.

“Apa yang dinyatakan hanyalah pemberian Peruntukan Dana Pembangunan Kawasan Parlimen mengikut peraturan, tatacara dan tatakelola penggunaan dana berkenaan,” katanya semasa sidang akhbar di Pusat Media Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, draf berkenaan turut merujuk kepada satu jadual bagi menentukan jumlah peruntukan pembangunan kawasan Parlimen yang dicadangkan kepada wakil pembangkang.

“Namun, jadual itu pun tidak diberikan kepada kami. Tidak diberikan apa-apa. Jadi, kita tidak tahu berapa jumlah peruntukan yang dicadangkan untuk diberikan,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan MoU tersebut tidak menjadi kenyataan selepas pihak pembangkang menolaknya.

Sebelum ini, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, rundingan CSA masih terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berminat dan tidak terhad kepada 13 wakil rakyat yang sudah menandatangani perjanjian tersebut.

Perjanjian itu melibatkan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), enam wakil rakyat Bebas yang dipecat daripada parti berkenaan serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.-UTUSAN

The post 62 Ahli Parlimen pembangkang tidak terima tawaran CSA appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved