63 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan di JB

4 Sep 2023 • 9:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

​​​​​​JOHOR BAHRU: Seramai 63 individu termasuk empat warga asing ditahan kerana saringan air kencing mereka positif pelbagai jenis dadah dan tiada dokumen perjalanan yang sah dalam operasi khas di dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal padi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat (gambar), berkata seramai 210 individu diperiksa di kedua-dua premis hiburan itu dalam operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Integriti serta Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 12.45 tengah malam hingga 3 pagi tadi, katanya, kesemua mereka termasuk 22 wanita dan berusia antara 19 dan 56 tahun itu direman dua hari untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, kedua-dua premis tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah dan beroperasi dalam tempoh masa yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved