647 sekolah di Sarawak tutup sementara akibat jerebu

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 8:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 647 sekolah di Sarawak tutup sementara akibat jerebu

JPN Sarawak tutup 647 sekolah selama lima hari bermula 7 Sept susulan jerebu; PdPR dilaksanakan bagi 198,559 murid terjejas.

KUCHING: Sebanyak 647 sekolah rendah dan menengah di Sarawak ditutup sementara selama lima hari bermula Isnin ini susulan keadaan jerebu yang menyebabkan beberapa lokasi di negeri itu mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan penutupan dari 7 hingga 11 Sept itu melibatkan 563 sekolah rendah dengan 108,477 murid dan 84 sekolah menengah membabitkan 90,082 pelajar.

Menurut JPN Sarawak, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan bacaan IPU sepanjang cuti persekolahan serta laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Sekolah terlibat berada di bawah seliaan 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Meradong.

“Sehubungan dengan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah yang terjejas jerebu,” menurut JPN Sarawak dalam satu kenyataan hari ini.

JPN Sarawak memaklumkan sebarang perubahan atau perkembangan terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa manakala pihak sekolah diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta sentiasa mengutamakan kesihatan murid dan guru.

“Semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Sarawak turut dinasihatkan supaya memantau perkembangan IPU di kawasan masing-masing menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS).

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan keputusan dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved