652 Penjawat Awam Diberi Ganjaran RM1.18 Juta Kerana Berani Lapor & Tolak Rasuah

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seramai 652 penjawat awam menerima ganjaran terkumpul berjumlah RM1.18 juta daripada kerajaan selepas tampil melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah sepanjang tempoh 2012 hingga 2025.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah penerima pengiktirafan tertinggi iaitu 437 orang.

Advertisement

Jumlah itu diikuti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seramai 64 orang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) seramai 33 orang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) seramai 21 orang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman

Antara kes yang mendapat perhatian termasuk tindakan seorang pegawai polis di Perlis yang menolak tawaran rasuah sebanyak RM200,000 berkaitan kes rampasan dadah syabu seberat 1.8 tan, selain satu lagi kes penolakan suapan RM45,000 di Johor.

Pengiktirafan ini bukan sahaja melambangkan penghargaan terhadap integriti penjawat awam, tetapi juga menjadi satu dorongan dan contoh kepada penjawat awam yang lain.

Bagi penilaian tahun 2026 pula, seramai 54 calon daripada empat agensi penguatkuasaan dikemukakan melibatkan 30 kertas siasatan dengan jumlah nilai rasuah yang cuba disogokkan mencecah RM304,621.

SPRM turut menjelaskan bahawa penjawat awam yang dicalonkan perlu membuat aduan rasmi dan memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan sehingga perbicaraan di mahkamah selesai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SPRM RM31.4 bilion aset dirampas2025-08-16 11:11:16

Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan, SPRM Berjaya Rampas Lebih RM31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

The post 652 Penjawat Awam Diberi Ganjaran RM1.18 Juta Kerana Berani Lapor & Tolak Rasuah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved