Maszlee dilantik Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Bersatu

PoliticsBusiness & Finance
14 May 2019 • 9:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Katanya, selain pelantikan Maszlee yang juga Menteri Pendidikan itu, mesyuarat pimpinan pusat turut melantik 25 pemimpin Bersatu bahagian Sabah.

"Hari ini kita berasa bangga kerana terdapat tambahan kepada parti kita di mana kita telah lantik 25 pemimpin-pemimpin di bahagian Sabah.

"Saya juga ingin ucap tahniah kepada Dr Maszlee Malik yang dilantik dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mengulas mengenai pelantikan 25 pemimpin bahagian parti itu di Sabah, beliau yakin ia mampu memperkukuhkan lagi sokongan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tambahnya lagi, kemenangan besar calon PH daripada DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan Sabtu lalu juga turut membuktikan sokongan rakyat kerajaan terus utuh.

"Kita menang cemerlang di Sandakan hasil sokongan parti-parti kita di Sabah termasuk Warisan.

"Walaupun tidak ramai yang keluar mengundi tetapi bukti (kemenangan PH) rakyat pilih parti yang baik," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved