7 Individu Ditahan Guna Wang RM100 Palsu di Langkawi

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 11:14 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

Langkawi: Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita selepas disyaki menggunakan wang kertas RM100 palsu di beberapa premis sekitar daerah ini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, semua suspek berusia 24 hingga 36 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat awam selepas polis menerima empat laporan berkaitan kejadian berkenaan di kawasan Pantai Chenang, Padang Matsirat dan Kuah.

7 individu ditahan semua positif dadah

Menurutnya, kesemua suspek kini direman tiga hari hingga Selasa bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah, manakala sebahagian daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan malam ini, lapor Buletin Tv3.

Siasatan ikut Seksyen 489B

Kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu. – The Malaysian Update

The post 7 Individu Ditahan Guna Wang RM100 Palsu di Langkawi appeared first on The Malaysian Update.