Polis tahan tujuh individu guna wang palsu di Langkawi

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 12:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto tular individu terlibat dalam kegiatan penipuan menggunakan wang palsu di beberapa premis jualan di sekitar Langkawi.

ALOR SETAR - Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan menggunakan wang palsu di beberapa premis jualan di sekitar Langkawi semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan berhubung penggunaan wang RM100 palsu dalam pembayaran di sekitar kawasan Chenang, Padang Matsirat dan Kuah.

"Ekoran daripada laporan yang diterima serta maklumat orang awam, polis telah menahan lima lelaki serta dua wanita tempatan berumur antara 24 hingga 36 tahun di dua lokasi berasingan bermula 8.30 malam semalam.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan jenayah. Kesemua mereka direman selama tiga hari sehingga Selasa ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Shariman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved