7 maut, 2 hilang letupan gas di lombong arang batu di Timur China

12 Mar 2024 • 2:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BEIJING: Tujuh maut dan dua lagi hilang dalam kejadian letupan gas di sebuah lombong arang batu di wilayah Anhui, timur China, lapor Sputnik memetik media China.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian di daerah Jinsha di wilayah Guizhou.

Tragedi itu berlaku di lombong Xieqiao, milik Huaihe Energy Group, menyebabkan 24 orang dalam situasi berbahaya, lapor penyiar CCTV pada Isnin.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan manakala punca letupan masih belum diketahui, menurut laporan itu.-Bernama