
7 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri yang diramal hujan adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di Melaka serta WP Kuala Lumpur.
"Di Perak, daerah yang terlibat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
"Sementara itu, beberapa daerah di Negeri Sembilan diramal hujan seperti Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau. Di Johor pula termasuk Tangkak, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
"Bagi Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Semporna)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

