MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah

4 Apr 2026 • 7:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata amaran itu melibatkan negeri Perak iaitu di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, hanya daerah Gua Musang yang terlibat. Manakala, di Terengganu pula daerah Hulu Terengganu dan Dungun.

"Bagi negeri Pahang, amaran membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

"Hujan lebat turut berlaku di Selangor iaitu di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat," kata MetMalaysia.

Baca juga:

Selain itu, kawasan Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan juga terlibat.

Begitu juga di negeri Johor iaitu di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Beralih ke Sarawak, daerah yang dijangka hujan lebat ialah Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula membabitkan daerah di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

Amaran cuaca itu turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.

image is not available

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia lagi.