
7 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Ribut Petir Petang Ini – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri dan wilayah persekutuan hingga jam 7 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, serta keseluruhan kawasan di Perak, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang, hanya melibatkan daerah Bentong.
“Selain itu, daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan turut dijangka bakal dilanda cuaca buruk ini.
“Beralih ke Johor, daerah yang terlibat adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” tulis kenyataan METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post 7 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Ribut Petir Petang Ini – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.

