7 Rakyat Malaysia Selamat, Kapal Pelancong Karam Di Indonesia

23 Jul 2023 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kapal tersebut dikatakan tenggelam dalam pusaran air ketika sedang ditunda - gambar hiasan

JAKARTA, 22 Julai (Bernama) -- Sekumpulan tujuh pelancong Malaysia dilaporkan selamat selepas kapal yang mereka naiki karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur pada Sabtu.

Insiden berlaku pada 11.45 pagi waktu Indonesia tengah membabitkan sebuah kapal jenis Phinisi di perairan Pantai Pink, Pulau Komodo, Labuan Bajo.

Kapal terbabit dilaporkan berlayar dari Manta Point menuju Pantai Pink sebelum mengalami masalah enjin lalu tenggelam dalam pusaran air semasa ditunda oleh sebuah kapal lain.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan kesemua mangsa yang terlibat dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital,” menurut kedutaan dalam satu kenyataan.

Pihak kedutaan juga berhubung rapat dengan mangsa serta pihak berkuasa tempatan dan memberikan bantuan konsular sewajarnya menerusi talian +62813-8081-3036. -- BERNAMA   

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved