Seorang lemas, seorang masih hilang insiden bot karam di Semporna

15 Jul 2023 • 12:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya bersama tiga yang lain karam di Pulau Nusa Tengah, di sini, Jumaat.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Semporna pada jam 2.41 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata tiga mangsa telah ditemui Pasukan Polis Marin.

“Dua daripada mereka selamat manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more “Jabatan Bomba dan Penyelamat mengaktifkan SAR bersama agensi lain dan operasi membabitkan 3.225 batu nautika dari lokasi bot itu dilaporkan karam untuk menjejaki seorang lagi mangsa.

“Operasi ditangguhkan pada 4.50 petang hari ini (Jumaat) dan akan disambung esok,” katanya.

Sementara itu di LAHAD DATU, seorang remaja lelaki lemas ketika mandi sungai di Kampung Sepagaya, Batu 5, di sini, juga pada Jumaat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Muhamad Zulaimie, 14, mandi bersama rakan-rakannya ketika kejadian itu berlaku.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.12 petang dan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera bomba.

“Apabila pasukan kami tiba, mangsa telah ditemui oleh orang awam. Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) ke atas mangsa, bagaimanapun, pegawai perubatan di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital di sini untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 4.52 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.