7 tahun terpisah, suami isteri minta maaf ke anak sulung buat ramai sebak

LocalFamily & Parenting
7 Nov 2024 • 3:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
suami isteri minta maaf

Disebabkan bekerja jauh di luar negara, pasangan suami isteri minta maaf ke anak sulung mereka sewaktu bertemu semula selepas 7 tahun terpisah.

Momen yang begitu menghibakan tersebut dikongsi anisumaira90 di platform TikTok miliknya apabila membuat kejutan pulang ke Tanah Air dari Australia bersama suami serta anak keduanya.

@anisumaira90

PART 1 Suprise family dan anak selepas 7 tahun bekerja di suprise dihari perkahwinan adik semua family tak tahu #fyp #fypage #fypシ

♬ Penantian - bigboss

Suami isteri minta maaf ke anak sulung, berlari peluk keluarga

Dalam hantaran tersebut, anisumaira90 memaklumkan yang dia pulang ke Malaysia bagi menghadiri perkahwinan adiknya sekaligus membuat kejutan berjumpa anak sulungnya yang dititipkan bersama keluarga ketika masih berusia 4 tahun waktu itu.

Video yang dikongsi pengguna TikTok berkenaan benar-benar menyentuh hati apabila dia dan suami berlari memeluk ibu sebelum dihampiri ahli keluarga yang lain dengan tangisan kerinduan.

@anisumaira90

Part 2 Iyee anak sulung kami tersangat kuat , anak yg tersangat hebat . Dia tak pernah merungut setiap ujian manusia lain2 dan ini ujian kami . Semoga kalian sentiasa doakann yg baik2 dan semoga doa doa yg baik berbalik pada kamu semua @HanifKadir #fyp #fypage #fypシ

♬ Penantian - bigboss

suami isteri minta maaf ke anak sulung selepas 7 tahun terpisah

Paling menyentuh hati sudah tentu pertemuan dengan anak sulungnya yang kini sudah berusia 11 tahun dan suaminya memeluk sambil berulang kali memohon maaf kerana meninggalkannya bersama keluarga sewaktu masih kecil.

Masing-masing tidak mampu berkata-kata dan hanya memeluk antara satu sama lain bagi melepaskan kerinduaan yang sudah lama terpendam disebabkan perpisahan sebelum ini.

image is not available

Tiada niat tinggalkan lama, namun ada ujian yang tak disangka-sangka

Difahamkan, sepanjang tujuh tahun tersebut, mereka suami isteri melalui pelbagai cabaran tersendiri di perantauan memandangkan mereka mengalami ujian sewaktu awal-awal berada di Australia.

image is not available

Menangis tengok momen pertemuan mereka

Perkongsian yang dibuat oleh anisumaira90 itu telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata akui sebak sewaktu melihat mereka menangis memeluk anak sulung mereka.

Walaupun ada yang mempersoalkan tindakan mereka meninggalkan anak sewaktu masih kecil, namun kebanyakkan mereka memahami mungkin ada sebab tersendiri pasangan tersebut mengambil keputusan merantau ke luar negara ketika itu.

image is not available

Tak pasal-pasal kita menangis sama

image is not available

Semoga tidak akan terpisah lagi

image is not available

Pernah usaha nak bawa ke Australia namun rezeki tak menyebelahi

image is not available

Semoga pertemuan tersebut menjadi permulaan baru buat mereka sekeluarga dan tidak akan terpisah lagi memandangkan masing-masing sudah pun pulang ke Tanah Air.

Sumber: TikTok anisumaira90