Suami isteri sambut anniversary ke-30, netizen tumpang gembira – “Moga jodoh hingga syurga..”

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 11:34 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Suami isteri sambut anniversary

Sepasang suami isteri sambut anniversary yang ke-30 pada tahun ini telah berjaya tarik perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh anak kepada pasangan tersebut yang dikenali sebagai Deeyana Ezzati di laman TikToknya, dia telah membuat kejutan untuk kedua insan tersayangnya itu sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Dalam perkongsian tersebut, Deeyana telah menempah sebuah papan iklan sambil memaparkan gambar ibu bapanya yang terletak di kawasan elit, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Suami isteri sambut anniversary

@deeyanaezzati_

30 golden year Happy Anniversarry mamayah nanti kita share bts pulak #kauakanterkenalsuatuharinanti #bukitbintang

♬ Bertahan Demi Cinta - Fazura & Fattah Amin

“Dorang dok membebel kenapa ramai orang tengok billboard ni like dah kenapa tengok iklan kat Bukit Bintang..sekali..

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-30 mama dan ayah,” katanya.

Suami isteri sambut anniversary

image is not available

image is not available

Netizen tumpang gembira

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangamn suami isteri tersebut dan tumpang gembira atas ikatan perkahwinan yang telah dibina 30 tahun.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Semoga bahagia hingga ke syurga

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar pasangan tersebut bahagia hingga ke syurga serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuhi asam garam mahligai.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @deeyanaezzati