7 wanita gubah jambangan ‘bunga duit’ diberkas

8 Oct 2026 • 11:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 7 wanita gubah jambangan ‘bunga duit’ diberkas

ACCRA – Pihak berkuasa Ghana menahan tujuh wanita yang dituduh membuat jambangan  hiasan dan kek daripada wang kertas.

Bank Pusat Ghana dengan kerjasama  polis menahan kesemua suspek di beberapa lokasi di Accra, Isnin lalu. Mereka didakwa membuat hadiah semakin popular itu, yang biasanya diberikan pada majlis hari  lahir, perkahwinan dan konvokesyen.

Bank sama menyatakan pada Julai lalu bahawa penggunaan wang kertas cedi untuk hiasan dilarang di bawah Akta Mata Wang, dan memberi amaran,kesalahan itu membawa kepada hukuman denda atau penjara.

“Amalan ini  tidak wajar dan melanggar undang-undang.

“Kita perlu menghormati cedi Ghana sebagai mata wang sah. Sesiapa yang  menyalahgunakan atau merosakkannya akan dikenakan tindakan,” kata ketua pejabat statistik di Jabatan Pengurusan Mata Wang Bank Ghana, Dinah Bonzi  kepada AFP. – AFP

 

The post 7 wanita gubah jambangan ‘bunga duit’ diberkas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved