Penceramah Motivasi Ditahan Semula Selepas Wanita Kedua Buat Laporan

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 2:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Penceramah Motivasi Ditahan Semula Selepas Wanita Kedua Buat Laporan

KANGAR - Polis menahan semula seorang penceramah motivasi berusia 34 tahun selepas seorang wanita berusia 19 tahun membuat laporan kedua berhubung dakwaan gangguan terhadapnya.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim, mengesahkan laporan terbaharu itu dibuat semalam, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Suspek sebelum ini ditahan reman berhubung satu laporan polis berasingan yang dibuat di Padang Besar, dengan tempoh remannya tamat hari ini.

Hamzah berkata, selepas tempoh reman awal selesai, suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula oleh pasukan Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar bagi membantu siasatan berhubung laporan terbaharu itu.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pada 5 Oktober oleh pegawai penyiasat bagi mendapatkan perintah reman baharu untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas tempoh reman dua hari yang diperintahkan Mahkamah Kangar tamat.

Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar semalam sebelum Penolong Kanan Pendaftar, Mohd Amiruldin Roslan, membenarkan perintah reman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan mendapat perhatian selepas beberapa wanita mendedahkan di media sosial dakwaan mereka menjadi mangsa gangguan seksual dan manipulasi emosi oleh suspek yang telah berkahwin.

Suspek didakwa mendekati mangsa menerusi TikTok dengan menawarkan peluang pekerjaan atau akademik sebelum mengajak mereka menjadi ‘sugar baby’ dan bertemu di hotel.

Siasatan masih dijalankan dan semua dakwaan terhadap suspek belum diputuskan oleh mahkamah. - Getaran, 4 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved