70 lot gerai pakaian bundle hangus

28 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

70 lot gerai pakaian bundle hangus

TAWAU: Sebanyak 70 lot gerai menjual pakaian bundle, atau kedai rombengan dalam bahasa tempatan, berkeluasan 100 x 120 meter persegi musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Titingan, awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, dalam kejadian itu, pihaknya berjaya menyelamatkan 350 rumah dan lot gerai lain daripada turut terbakar.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.44 pagi menerusi talian NG999 sebelum tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian untuk menjalankan operasi pemadaman.

Katanya, seramai 20 anggota BBP Tawau diketuai PBK I Mohd Yahya Abd Fatah serta 10 anggota Bomba Komuniti dikerahkan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak pada 5.23 pagi.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 700 kaki dengan enam pancutan air daripada jentera bomba dan pili bomba.

“Operasi ditamatkan pada 7.42 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi,” katanya, menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi turut dibantu sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota Sabah Electricity (SE).

Sementara itu, APM memaklumkan kebakaran membabitkan 70 blok gerai makanan dan gerai menjual pakaian bundle itu, menyebabkan 27 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas.

Mangsa terjejas terdiri daripada empat lelaki dan 23 wanita, semuanya warganegara tempatan. Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved