700 meriahkan Larian dan Ekspedisi Motosikal Enduro

8 Jun 2025 • 10:49 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

Kundasang: Lebih 700 peserta sekitar daerah Ranau menyertai Ekspedisi Enduro dan ATV serta Larian dan Ekspedisi Motosikal Enduro yang berlangsung di Pekan Kundasang.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam pada Khamis.

Menurutnya, acara itu dianjurkan bagi memperingati tragedi gempa bumi yang berlaku sedekad lalu, dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau, Kinabalu Unesco Global Geopark dan Mesilou Volunteer Club (Mevoc).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Acara ini diadakan bagi memperingati mangsa dan peristiwa gempa bumi yang berlaku 10 tahun lalu. Sambutan peserta amat menggalakkan, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah dan dewasa,” katanya.

Tiga kategori larian dipertandingkan iaitu kategori pelajar sekolah (6km), kategori veteran dan kategori terbuka (12km).

Dr Joachim turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut antaranya Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam; Ketua Penolong Pengarah Taman-Taman Sabah, Justinus Guntabid; dan Presiden Mevoc, Samsul Sinun.

Sementara itu, Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim berkata, sejak 2016, pelbagai aktiviti memperingati tragedi gempa bumi telah dijalankan setiap tahun pada 5 Jun lalu.

Antara inisiatif utama termasuk simulasi menyelamat dan usaha menambah baik sistem keselamatan di kawasan pergunungan.

Antara pengisian utama acara ini ialah taklimat keselamatan dan kesiapsiagaan gempa bumi yang diadakan di Pentas Budaya Kundasang, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan Rahmah, pameran eko-pelancongan (anjuran Mevoc, MAH, Meta dan Kopsodik), Tamu Kopstar Bhd serta hadiah pengunjung bertuah seperti mesin basuh, basikal dan hamper.