727 kes keganasan rumah tangga di Selangor, ramai mangsa suri rumah

6 Sep 2023 • 12:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 6 SEPT: Sebanyak 727 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri ini antara Januari hingga Julai lalu, dengan kebanyakan mangsa membabitkan suri rumah.

Timbalan ketua polis Selangor berkata punca kes dipercayai akibat perselisihan faham dalam keluarga sehingga mangsa membuat laporan polis, lapor Harian Metro.

Datuk S Sasikala Devi mendedahkan mangsa berusia antara 26 hingga 45 tahun, berdepan pelbagai keganasan seperti penderaan fizikal, emosi dan seksual serta ugutan.

“Selain suri rumah, golongan profesional dan berpelajaran turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan ada kemungkinan segelintir mangsa tidak membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, melemparkan kata-kata kesat yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah individu hingga memberi kesan terhadap emosi mangsa turut dianggap sebagai penderaan.

Sasikala berkata penderaan juga termasuk menahan atau mengurung mangsa dan mengeluarkan percakapan berbentuk ugutan yang mendatangkan ketakutan terhadap diri mangsa.

Tahun lalu, sebanyak 1,285 kes dilaporkan di Selangor, 1,751 kes (2021) dan 1,349 kes (2020).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved