75 rumah rosak akibat ribut di Temerloh

10 Jun 2025 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 75 rumah mengalami kerosakkan akibat hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Temerloh petang semalam.

KUANTAN - Sebanyak 75 rumah mengalami kerosakkan akibat hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Temerloh petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh memaklumkan kejadian pada jam 5 petang itu menjejaskan rumah penduduk di Taman Sri Kerinau, Kampung Pulau Terap, Taman Pamah Kasih, Taman Pulai Bistari dan Kampung Batu 4 1/2 Jalan Maran.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ke lokasi kejadian untuk pemantauan dan pengumpulan maklumat, selain menyerahkan kit makanan kepada penduduk yang terjejas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved