
Tuaran: Tindakan pantas pasukan bomba memadam kebakaran kenderaan berjaya menyelamatkan sebuah rumah di Kampung Simpangan di sini, sabtu.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.55 petang itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.58 petang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga LMST musnah 100 peratus akibat kebakaran dan bertindak memadam api.
“Mujur, kejadian disedari pengadu membolehkan pasukan bomba bertindak pantas kerana kereta terbabit diparkir di tepi sebuah rumah,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba menggunakan satu saliran daripada sumber air jentera manakala tiada mangsa dilaporkan cedera atau mengalami kemalangan jiwa.
“Pemeriksaan sekitar lokasi dan kenderaan turut dijalankan bagi mengesan dan mencegah bahaya lain”.
“Operasi ditamatkan jam 7.40 malam manakala punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

