
LAHAD DATU: Seramai 76 warga Filipina dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Sabah melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, pada Rabu.
Mereka terdiri daripada 48 lelaki, 11 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan berumur antara tiga bulan hingga 76 tahun, kata Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sitti Saleha Habib Yussof.
AdvertisementSitti Saleha dalam satu kenyataan, berkata mereka dihantar pulang melalui laut dari Depoh Imigresen Sandakan melalui ICQS Lahad Datu ke Jeti Bongao, Filipina, menggunakan feri MV Ming Hai Express.
Katanya, semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh pendatang.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Individu ini melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki Sabah tanpa permit sah atau tinggal lebih masa.
"Mereka yang menyertai program ini telah pun menjalani hukuman penjara. Semua pendatang haram telah disenaraihitamkan dalam sistem kami mengikut kesalahan yang mereka lakukan," katanya.
AdvertisementMenurut Sitti Saleha, sejak awal 2025 hingga kini, Jabatan Imigresen kini telah menghantar 221 warga Filipina melalui laut, menjadikan seramai 437 pendatang tanpa izin yang dihantar pulang ke negara asal.
Kumpulan lain dihantar pulang sebelum ini terdiri daripada 221 warga Filipina, 165 warga Indonesia, 33 warga Pakistan, 12 warga China dan enam dari negara lain.
Advertisement Katanya, kekerapan program melibatkan warga Filipina ini bergantung kepada dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Filipina.
“Jabatan Imigresen Sabah tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menyalahgunakan pas dan kemudahan yang disediakan.
“Tindakan pendakwaan akan diambil terhadap majikan atau pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas perjalanan serta individu yang melanggar syarat pas atau permit seperti termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.
Jabatan Imigresen turut menasihati majikan dan masyarakat supaya mengambil warga asing untuk bekerja di negara ini melalui saluran undang-undang.


