Sah! Jalan M'sia-Sadao Siap Akhir Tahun Ini

11 Feb 2025 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand disiapkan beberapa tahun lalu.

image is not available

Bagaimanapun, katanya, jajaran jalan yang menghubungkan kompleks baharu itu tidak dapat dimuktamadkan lebih awal berikutan beberapa halangan teknikal yang menyebabkan kelewatan.

"Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih tampuk kepimpinan, beliau mengeluarkan arahan dan secara aktif mendesak projek itu disambung semula.

"Selepas mengatasi isu teknikal, projek itu disambung semula pada 2023 dan kini dijangka siap sekitar Julai atau Ogos tahun ini," katanya kepada BERNAMA

Projek itu dikatakan dapat beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2025, sekali gus memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved