
SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah telah melaksanakan pemindahan seramai 769 pendatang asing tanpa izin (PTI) warganegara Filipina ke negara asal mereka, sebagai sebahagian daripada program pemindahan berterusan tahanan imigresen.
Kesemua tahanan dipindahkan dari Depot Imigresen Papar, Sandakan dan Tawau melalui Pelabuhan Sandakan dengan menggunakan kapal MV Antonia 1 menuju ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina pada Khamis.
Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, jumlah tersebut terdiri daripada 438 lelaki dewasa, 140 wanita dewasa, 98 kanak-kanak lelaki, dan 93 kanak-kanak perempuan berumur antara 3 bulan hingga 73 tahun.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kanak-kanak yang terlibat dalam pemindahan ini turut diiringi oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing.
“Dengan pelaksanaan pemindahan ini, jumlah keseluruhan PTI warganegara Filipina yang telah dihantar pulang dari Sabah sahaja kini mencecah 4,762 orang, menyumbang kepada keseluruhan 5,620 PTI yang dihantar pulang ke negara asal di bawah program ini.
“Semua tahanan yang terlibat telah menjalani hukuman mengikut undang-undang yang ditetapkan dan memiliki dokumen perjalanan yang sah, bagi melayakkan mereka mengikuti proses pemindahan ini,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi, operasi pemindahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Imigresen Negeri Sabah untuk mengurangkan tempoh penahanan panjang dengan melaksanakan pemindahan secara berkala bagi tahanan di semua depot imigresen di negeri ini.

